Modeling OC Character : Teja


Alhamdulillah akhirnya selesai aku punya OC dalam bentuk 3D!

Hampir seminggu juga aku makan masa dengan dek bermacam gangguan dan task assigment yang lain.

Untuk hari pertama, memang aku fokus habis pada part muka. Bukan senang dari bentuk kiub, nak dibentuk satu kepala, hidung, lubang untuk mata, dahi, mulut dan dagu. Perlukan kedetailan dan line kena kemas.

Hari kedua, baru mula bahagian leher, baju dan lengan tangan. Hari ke3 aku mula buat seluar dan kaki. 
Hari ke4, aku blank kat topi je! Hahahaha dan blank jugak nak touchup bahagian leher supaya smooth kat bahagian lubang baju.

Dalam banyak2 part, aku mmg suka habis part kasut!

Ikutkan banyak jugaklah perubahan berbanding modeling character yang aku buat waktu degree dulu. Masa tu tahun 2015.



Nampak macam okay kata suami tapi sebenarnya sangat tak okay sebab line petaknya terlalu banyak dan tak smooth.  Cuma beza dulu pakai Blender, sekarang pakai Maya😂😂


*Actually aku nak touchup lagi part jambul tu tapi cik mas dah tak bagi. Hahahahaha 

0 komen:

Post a Comment